Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia



Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia

Tak pernah lagi nampak atau pergi ke masjid yang terletak di bawah tanah, lorong bawah tanah, keretapi bawah tanah, dah pernah lah lalu atau naikkan.. Nih masjid bawah tanah.. Kat mana tuh?? Jom kita baca..
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah .
Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia
“Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat ,” kata Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.
“Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ,” tambahnya.
Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.
Unik!! Masjid Bawah Tanah Yang Pertama Di Dunia
Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.
Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.
Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.
Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.
Wallahualam.
Share on Google Plus

About Mark

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Breaking News