Rawatan Dari Sumber Semulajadi Yang Diiktiraf Doktor

Tanpa kita sedar, terdapat banyak bahan di rumah kita yang kita boleh jadikan ubat untuk mengubat penyakit yang kita hidapi. Langkah menggunakan bahan sedia ada boleh memberi rawatan segera kepada penyakit kita di samping menjimatkan wang kita daripada terpaksa membeli ubat di farmasi.


Bibir terluka

Bahan yang kita perlukan : Jeli Petroleum dan Madu


 

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Berdasarkan Friedman, MD, Dermatologi dan Profesor Madya di Dermatology at Montefiore Medical Center and Albert Einstein College of Medicine, 'Madu
mempunyai sifat anti-bakteria dan mempunyai zat memulihkan luka. Apabila ia di gabungkan dengan jeli petroleum, ia membantu luka tersebut untuk sembuh dengan cepat dan melegakan sakit.


Cara Merawat
Basahkan bibir dengan air suam. Kemudian sapukan madu di bibir anda. Biarkan madu itu kering. Akhir sekali, sapukan jeli petroleum diatasnya. Biarkan keadaan tersebut berlangsung selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, anda bersihkan bibir anda dengan menggunakan batang kapas yang di rendam dengan air suam. Amalkan cara ini sekali sehari sehingga luka anda sembuh.


Rasa seperti hendak demam, selsema dan batuk

Bahan yang kita perlukan : Garam

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
'Air larutan garam boleh membersihkan radang pada saluran pernafasan dan membuang mukus atau cecair yang menyebabkan alergik dan jangkitan bakteria',Moshe Lewis, MD, pakar perubatan di San Frascisco. Selain itu, ada kajian menunjukkan minum air larutan garam tiga kali sehari boleh mengurangkan jangkitan kuman pada salur pernafasan sebanyak 40%.

Cara merawat
Ambil segelas air dan masukkan setengah sudu kecil garam. Minum sebanyak tiga kali sehari.




Kekejangan perut

Bahan yang kita perlukan : Teh Chamomile

Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Jessica Shepherd, MD, Professor Madya OB-GYN and Women Health di University of Illinois di Chicago berkata, 'Chamomile mengandungi glycine, bahan kimia yang mengurangkan kontraksi pada usus dan melegakan otot yang sedang alami kekejangan'.

Cara merawat
Minum secawan teh chamomile sehari sekali terutama apabila anda rasa kekejangan pada bahagian perut.


Masalah mulut berbau

Bahan yang kita perlukan : Daun Parsli



Bagaimana bahan tersebut boleh merawat?
Menurut Jennifer Wider, MD, Pakar Kesihatan Wanita, 'Daun parsli mengandungi klorofil di man ia menghapuskan punca kepada bau mulut'.

Cara merawat
Kunyah daun parsli selama seminit sehingga dua minit apabila mulut anda berbau.


Share on Google Plus

About Mark

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Breaking News